KUALA LUMPUR – Penyanyi Zamani Ibrahim meluahkan rasa kesalnya apabila stesen radio tidak memainkan single terbarunya ‘Tambatan Hati.

Walaupun single tersebut sudah dua tahun berlalu namun Zamani hairan demo lagu yang diberikannya kepada stesen-stesen radio sehingga kini tidak didendangkan.

“Saya ada keluar dengan single baharu berjudul Tambatan hati pada 2016. Tapi sampai sekarang saya tidak tahu kenapa stesen radio tak mainkan langsung lagu itu,” katanya.

Perkara tersebut mengakibatkan Zamani bukan sahaja kesal bahkan serik untuk menerbitkan lagu baru pada masa akan datang.

Namun vokalis kumpulan Slam itu tidak mahu memandang negatif dan enggan berputus asa.

“Walaupun sedikit serik tapi ia tidak mematahkan semangat saya. Saya pun belajar daripada kesilapan mungkin lepas ini kalau nak keluar single baharu saya akan lebih memastikan dari segi kualiti dan promosi lagu itu berjalan seiring,” katanya lagi.

Zamani dalam masa yang sama memaklumkan akan menyanyikan enam buah lagu dalam Konsert Pentas Maya Bersama Zamani 2 Mei nanti.

Konsert tersebut adalah yang julung kali diadakan pertama yang diadakan secara atas talian dan peminat boleh melayari laman web www.pentasmaya.com dengan harga sebanyak RM30 untuk mendapatkan akses menonton konsert tersebut.-MalaysiaGazette