T.Thangarani MIC sungai siput
Timbalan Ketua Wanita MIC Kebangsaan T.Thangarani

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Thangarani Thiagarajan tetap mahu bertanding di Parlimen Sungai Siput pada PRU-14 sekiranya diberi mandat walaupun ditentang oleh ahli-ahli daripada parti sendiri.

“Saya akan bertanding,” katanya yang juga Ketua Wanita MIC Perak menerusi WhatsApp kepada wartawan MalaysiaGazette malam tadi tetapi enggan mengulas lanjut.

Thangarani dilihat tidak mahu berganjak daripada mandat yang diberikan MIC.

Beliau hampir pasti bertanding dikerusi yang pernah disandang bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu selama lapan penggal daripada tahun 1974 hingga tahun 2008.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Tamil Makkal Osai yang melaporkan beliau diugut oleh ahli-ahli MIC Bahagian Sungai Siput agar tidak bertanding.

Difahamkan, mesyuarat tergempar telah diadakan semalam melibatkan ketua-ketua cawangan dan bahagian MIC Sungai Siput MIC dan mereka membuat ketetapan menolak pencalonan Thangarani.

Mesyuarat ‘panas’ itu bagaimanapun tidak dihadiri Ketua Bahagian MIC Sungai Siput, M. Elanggovan.- MalaysiaGazette