Home Dunia Starbucks mohon maaf

Starbucks mohon maaf

Para penunjuk perasaan membuat bantahan dalam cawangan Starbucks di Philadelphia. foto Agensi

PHILADEPLPHIA – Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks memohon maaf berikutan penangkapan dua lelaki kulit hitam kerana didakwa menceroboh kafe berkenaan.

Kevin Johnson berkata, pengurus cawangan di Philadelphia yang menghubungi polis untuk menangkap dua lelaki itu telah melepaskan jawatannya.

Dua lelaki kulit hitam itu ditangkap selepas pengurus cawangan Starbucks itu membuat aduan tertuduh telah memasuki premis berkenaan tetapi tidak membuat pembelian.

“Tindakan persekitaran ketika insiden dan kejadian di cawangan kami pada Khamis lalu adalah tidak kena…mereka bersalah,” kata Johnson kepada ABC News.

Malah, Johnson melalui blognya berkata, Starbucks mengutuk sebarang disriminasi dan profail perkauman.

Kedua-dua lelaki itu dikatakan telah bersetuju untuk menemui Johnson.

Johnson mengakui, tindakan bekas pengurusnya adalah tidak tepat dan syarikat itu akan menganjurkan latihan kakitangan untuk menangani perbuatan bias yang tidak disengajakan.

Dua lelaki yang ditahan itu kemudian dibebaskan. Mereka juga mengupah peguam masing-masing berhubung kes tersebut.

Dua lelaki kulit hitam yang ditahan kerana didakwa berada dalam kafe itu tanpa membuat pembelian. foto Agensi

Kejadian itu telah menyebabkan bantahan orang ramai di cawangan Starbucks di Philadelphia sepanjang minggu dan pada hari Isnin, penunjuk perasaan membuat gangguan di cawangan kafe berkenaan.

“Kami tidak mahu Starbucks ini menjana wang hari ini, itu matlamat kami,” kata Abdul-Aliy Muhammad, salah seorang penganjur protes.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) berkata, pekerja Starbucks tidak menghormati kedua-dua lelaki tersebut.

Reggie Shuford, pengarah eksekutif ACLU Pennsylvania, berkata: “Kulit hitam Philadelphian menghadapi kemelut setiap hari walaupun hanya berurusan dengan diri mereka. Insiden ini menunjukkan bahawa orang kulit hitam tidak dihormati”. – MalaysiaGazette