abatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memulakan usaha menangkap seekor harimau dahan yang dilaporkan berkeliaran berhampiran kuarters Hospital Gua Musang (HGM). - Gambar hiasan

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memulakan usaha menangkap seekor harimau dahan yang dilaporkan berkeliaran berhampiran kuarters Hospital Gua Musang (HGM) sejak malam Isnin lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohd Hasdi Husin berkata sebuah perangkap sudah dipasang sejak 9 pagi semalam dan anggota Perhilitan Gua Musang ditugaskan untuk mengawasi kawasan itu pada waktu malam bagi memastikan keselamatan kakitangan hospital yang tinggal di kuarters berkenaan serta penduduk berdekatan.

“Dalam masa sama saya menasihatkan penduduk sekitar agar elak daripada lakukan sebarang aktivti luar atas faktor keselamatan, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pihak Perhilitan hingga kini tidak dapat mengesahkan umur dan jantina harimau dahan itu berdasarkan gambar yang tular dalam media sosial sebelum ini kerana ia tidak jelas.

— BERNAMA