Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah beramah mesra bersama Asmah Hanapiah,82 (tengah) ketika membuat Lawatan dan Penyerahan Sumbangan Barakah di Kampung Suka Menanti, Kedah. foto IQBAL BASRI, 20 APRIL 2018

ALOR SETAR – Langkah Pas meletakkan semua calon mereka bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah akan memberi Barisan Nasional kelebihan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 kali ini, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Menteri Besar Kedah itu berkata pengumuman tersebut mengesahkan ramalan akan berlaku banyak saingan tiga penjuru dan mengakibatkan pecah undi.

“Kali ini saingan tiga penjuru, Pas, Pakatan (Harapan) dan BN… mungkin kalau undi pecah peluang untuk BN menang lebih cerah.

“Dahulu undi tak pecah, Pakatan cuba nak kekalkan,” kata beliau semasa ditemui media selepas melawat penduduk di Seberang Pumpong hari ini.

Jelas Ahmad Bashah, kekuatan pembangkang sebelum ini disumbang oleh faktor sokongan Pas dan apabila mereka berpecah, sokongan tersebut akan beralih kepada BN.

“Dahulu kawasan dimenangi pembangkang kerana sokongan penyokong Pas,” ujarnya.

Semalam Pas Kedah mengumumkan bertanding semua 36 kerusi DUN dan 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah dengan tidak bertanding Parlimen Langkawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast