Foto Instagram Achey.

KUALA LUMPUR – Pelawak, Achey membuat kejutan untuk isterinya, Nor Hasanah Yahya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT sempena ulang tahun kelahiran kelmarin.

Harga semasa model kereta mewah itu dianggarkan bernilai RM285,000.

Perkongsian Achey di Instagram miliknya itu melahirkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhan Achey mencari rezeki untuk keluarganya.

Sementara itu, pada majlis sambutan hari jadi yang bertemakan pakaian sukan dan santai itu diraikan meriah dengan kehadiran kenalan rapat antaranya Johan, Ozlynn, Fad dan Sharif Zero.

Achey, 32, atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah, 28. – MalaysiaGazette