Penduduk Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh selepas Myanmar melakukan pembersihan etnik di Rakhine tahun lalu. foto Agensi

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) akan mengharamkan senjatanya ke Myanmar untuk satu tahun lagi minggu ini dan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas jenerak-jeneral Yangon.

EU menuduh Myanmar melanggar hak asasi manusia yang serius dan sistemik dalam operasi ketenteraan di barat laut negara itu tahun lepas hingga menyebabkan lebih 70,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Sekatan senjata EU dianggarkan sehingga akhir bulan April manakala untuk para diplomat serta pegawai akan dilanjutkan setahun lagi sebelum tarikh akhir tamat.

Tindakan itu juga akan diperluaskan bagi latihan yang sudah dihadkan untuk tentera Myanmar, kata mereka.

Oktober lalu, Kesatuan Eropah memutuskan untuk menolak jeneral Myanmar susulan operasi di negara Rakhine, yang dianggap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai pembersihan etnik.
Yangon menolak tuduhan tersebut.

Kerajaan Amerika Syarikat kini sedang menjalankan pemeriksaan intensif terhadap dakwaan kekejaman Rohingya yang boleh digunakan untuk mendakwa tentera Myanmar melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Sumber-sumber EU berkata, blok itu dijangka mengharamkan visa dan membekukan aset-aset tentera Myanmar untuk bulan Mei dan Jun. – MalaysiaGazette