Home Politik Alwiyah tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan

Alwiyah tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan

Alwiyah Talib

MERSING – Hasrat satu kumpulam pendesak terdiri daripada ahli UMNO yang menolak Ketua Wanita ÙMNO Mersing, Alwiyah Talib sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Endau terkubur apabila Alwiyah hadir untuk proses penamaan calon di Mersing pagi ini.

Alwiyah yang ditemui sebelum ini memberitahu, dia sedia maklum dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Bukan sebab saya dicalonkan tetapi fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan ini telah lama berlaku tanpa alasan.
“Saya kenal mereka yang cuba menjatuhkan karier politik saya tetapi bagi saya, ini semua adalah asam garam politik.
“Saya tidak terkesan sedikit pun dengan fitnah yang ditabur kerana ahli-ahli parti terutama wanita sentiasa di belakang saya, begitu juga dengan rakyat.
“Ini termasuklah ahli-ahli daripada parti komponen BN, yang mana hubungan saya dengan mereka sentiasa baik selama ini,” katanya.
Alwiyah bakal bertanding untuk kerusi DUN Endau yang sebelum ini disandang oleh Datuk Latif Bandi yang dilucutkan jawatan atas tuduhan rasuah.
Menyifatkan fitnah yang dilempar sebagai mainan orang yang kecewa, Alwiyah yakin kerusi yang ditawarkan kepadanya akan kekal sebagai milik BN.
“Cukup-cukuplah tabur fitnah kerana saya sendiri tidak meminta untuk dapatkan jawatan ini.
“Saya bersyukur dengan apa yang ada dan yang pasti, saya berpolitik berasaskan perjuangan membina agama, bangsa dan negara.
“Paling penting, saya sentiasa mendapat restu keluarga tentang hala tuju politik saya” ujarnya.
Tegas Alwiyah lagi, rakyat boleh nenilai siapa dirinya daripada mendengar perkara-perkara yang berniat jahat. – MalaysiaGazette