Calon Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak P.124, Adnan Seman bersama calon PKR,, Datuk Kamaurdin Jaffar (tengah) dan calon Pas, Dr. Rosni Adam (kanan) melambaikan tangan kepada penyokong-penyokong parti mereka selepas selesai diumumkan sebagai calon yang akan bertanding sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.124 Bandar Tun Razak, Dewan Mustika, Institut Latihan DBKL (IDB) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Walaupun berlaku sedikit ‘kelam kabut’ apabila calon Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak tidak membawa watikah pelantikan parti namun ia berjaya diatasi.

Akhirnya, seorang peguam muda, Adnan Seman sempat menyediakan dokumen lengkap sebagai calon PRU-14.

Beliau menjadi tumpuan kerana menggantikan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan sebagai calon mewakili UMNO di kawasan kerusi tradisi MCA sebelum ini.

Adnan dicabar oleh calon Pakatan Harapan, Datuk Kamarudin Jaafar dan calon Pas, Dr. Rosni Adam.

Sebelum itu, Rizalman digugurkan sebagai calon kerana terlibat dalam kes penahanan di sebuah kelab dan didakwa terlibat dalam kes penagihan dadah.

Walaupun akhirnya bebas namun pucuk pimpinan telah memilih Adenan sebagai calon dan menukar kuota yang dahulu milik MCA kepada UMNO.

Rizalman dan Pengerusi BN Bandar tun Razak dari MCA, Datuk Chew Yin Keen hadir bersama-sama rombongan Adenan ke pusat penamaan calon hari ini.-MalaysiaGazette