Home Dunia Pembantu rumah jatuh dari rumah pangsa tular

Pembantu rumah jatuh dari rumah pangsa tular

SINGAPURA – Seorang pembantu rumah Indonesia terjatuh dari tingkat tiga di sebuah perumahan pangsa di Simei.

Kejadian itu menjadi tular di laman sosial.

Semasa kejadian mangsa sedang membersihkan tingkat sambil berdiri di tebing di Blok 233 Simei Street 4 kira-kira jam 11.30 pagi.

Dalam video yang telah tular di Facebook sejak Khamis lalu, wanita itu dilihat dipegang pada lengannya oleh seorang lelaki di dalam rumah tersebut.

Wanita itu dilihat dalam klip video lain tersembam di bawah blok perumahan itu dan penduduk meminta bantuan kecemasan.

Video itu diambil oleh pembantu rumah dari unit lain di tingkat dua, yang dikenali sebagai Grace Mayzon.

“Saya sedang menjemur pakaian semasa ternampak kaki tergantung dari tingkat atas. Saya ke bawah untuk meminya bantuan,” kata Mayzon.

Mayzon berkata, mangsa sedang tergantung di atas pada penyidai kain pada tingkat tiga tetapi dia jatuh kemudiannya.

Selepas terjatuh di tingkat dua, seorang lelaki dari unit kediaman itu cuba menarik mangsa melalui tingkat tetapi gagal dan menyebabkan baju mangsa tertanggal.

Polis sedang menyiasat insiden tersebut. – MalaysiaGazette