Home Nasional Adik Fikri mohon maaf pada Rosmah

Adik Fikri mohon maaf pada Rosmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan Pelajar Terbaik SPM 2017, Muhammad Fikri Sabri (dua kanan) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Kecemerlangan Pendidikan Pekan di DRB HICOM University Of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 29 APRIL 2018

PEKAN – “Abang wartawan ke? Nanti cakap dengan Datin Seri Rosmah (Mansor) saya minta maaf tadi. Saya rasa bersalah pula,” kata pelajar istimewa, Mohamad Fikri Sabri.

Mohammad Fikri, 18, membuat permohonan maaf itu selepas bertanya soalan secara spontan kepada isteri Timbalan Perdana itu yang sedang beredar sambil bersalam dengan hadirin.

Ketika Rosmah menghampirinya, remaja penghidap autisme itu terus menyapa mesra dan bertanyakan soalan.

Kata Mohamad Fikri, dia bertanya soalan adakah sukar untuk Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Datin Seri jawab biasalah jadi Perdana Menteri. Memang sibuk dan kena perlu fikir semua benda.

“Tapi saya rasa bersalah pula tanya tiba-tiba tanya ketika Datin Seri berjalan kerana takut mengganggu beliau, ” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Mohamad Sabri ditemui pada majlis perasmian Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pekan di Dewan Canselori, DRB-Hicom University, Pekan di sini pagi.

Najib yang menyampaikan anugerah tersebut yang datang bersama isterinya.

Mohammad Fikri  menerima Anugerah Tokoh Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana mendapat keputusan cemerlang 8A 1B.

Lebih istimewa, beliau yang peramah merupakan pelajaran aliran sains tulen.

Sebelum itu di atas pentas, Mohamad Sabri turut mencuri perhatian hadirin apabila sempat berbual dengan Najib sebelum dia menjerit melaung slogan kata-kata semangat yang dipercayai watak kartun yang diminatinya.

Sementara itu, bapanya, Sabri Abdullah berkata, anaknya belajar di rumah mengikut waktunya.

Jelas Sabri, 56, Mohammad Sabri mula membaca pada usia 8 tahun namun tidak faham apa yang dibacanya.

Katanya yang bekerja pengawal keselamatan berkata, sejak memasuki sekolah rendah hingga tamat SPM, beliau menghantar dan mengambil anaknya itu ke sekolah setiap hari.

“Mohamad Sabri selepas ini akan masuk sambung pelajaran di Tingkatan Enam kerana sekolah berdekatan dengan rumah.

“Jadi senang saya untuk menghantar dan mengambil di sekolah kerana keluarga belum bersedia untuk melepasnya berdikari di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Namun tahun depan saya akan pencen dan jika dia akan sambung pelajaran di IPT, saya akan ikut dan temani dia di sana,” katanya. – MalaysiaGazette