Calon Barisan Nasional (BN) P.078 Cameron Highlands, Datuk C.Sivarrajh (tengah) mengedarkan risalah kempen kepada sebahagian penduduk sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Habu Hight Cameron Highlands, Pahang. foto AQIRA AZEMI, 29 APRIL 2018
Calon Barisan Nasional (BN) P.078 Cameron Highlands, Datuk C.Sivarrajh (tengah) mengedarkan risalah kempen kepada sebahagian penduduk sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Habu Hight Cameron Highlands, Pahang. foto AQIRA AZEMI, 29 APRIL 2018

CAMERON HIGHLANDS – “Saya tidak perlu mendengar pembangkang sebaliknya adalah lebih adil saya mendengar suara rakyat,” tegas Itu tegas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh.

Beliau berkata demikian bagi menjawab berhubung cabaran yang dikemukakan wakil Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini.

Ketua Pemuda MIC itu berkata, pihak terbabit akan sentiasa menunding jari dan membangkang sebarang tindakan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, jika sesuatu kerja itu populis, mereka pula yang akan mengambil nama.

“Pembangkang memang kerja dia untuk membangkang sahaja tetapi jika gejala sosial disebabkan pekerja asing meningkat, mereka akan katakan kerajaan tak buat kerja.

“Kalau penerokaan hutan berleluasa dan memberi kesan negatif terhadap keseimbangan alam semula jadi, pembangkang akan tuduh kita,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui pada sesi bertemu pengundi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, di sini, hari ini.

Calon-calon PH semalam meminta beliau menjelaskan pendiriannya berhubung Ops Gading dan mengkaji semula kekurangan kerajaan BN serta memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Satu lagi cabaran adalah melakukan reformasi sistem negara yang dirosakkan akibat perihal UMNO yang tidak membezakan antara negara dengan parti serta berleluasa dalam amalan rasuah.

Surat cabaran itu diserahkan kepada Sivarraajh sebaik selesai proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands. – MalaysiaGazette