Home Ekonomi Harga minyak dunia jatuh

Harga minyak dunia jatuh

SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh berikutan peningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat tetapi pasaran berada di kedudukan paling tinggi dalam tempoh lebih daripada tiga tahun dan kekal mengaut keuntungan bagi bulan kedua berturut-turut.

Namun, harga bahan api terus disokong oleh kebimbangan bekalan di tengah-tengah prospek bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan ke atas Iran, sementara OPEC terus mengekang pengeluaran minyak.

Harga minyak Brent susut sebanyak 0.7 peratus kepada AS$74.14 setong berbanding AS$75.47 setong minggu lalu – paras tertinggi sejak November 2014.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan AS$67.82 setong, susut 0.4 peratus berbanding harga penutup. – MalaysiaGazette