'Justice League' terdiri daripada Lim Jak Wong, Sim Tong Him, Chin Choon Seong dan Goh Leong San yang merupakan veteran DAP Melaka tetapi telah meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon bebas.
'Justice League' terdiri daripada Lim Jak Wong, Sim Tong Him, Chin Choon Seong dan Goh Leong San yang merupakan veteran DAP Melaka tetapi telah meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon bebas.

MELAKA – Kemunculan ‘Justice League’ mungkin menyebabkan pengurangan undi yang dirai oleh DAP di kerusi Parlimen Kota Melaka serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Duyong dan Bandar Hilir.

Jika tuah berpihak, kumpulan itu malahan berpeluang menawan Duyong.

‘Justice League’ terdiri daripada Lim Jak Wong, Sim Tong Him, Chin Choon Seong dan Goh Leong San yang merupakan veteran DAP Melaka tetapi telah meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon bebas.

Menariknya, Nanyang Siang Pau melaporkan, kemunculan mereka menyebabkan pengundi yang bercadang membuang undi rosak atau tidak keluar mengundi sebelum ini berubah fikiran.

Daripada membazirkan undi, golongan tersebut kini bercadang memberi sokongan kepada calon bebas yang sebelum ini sinonim dengan DAP Melaka.

Tong Him bertanding buat kali kelapan di Melaka dan sasarannya ialah kubu kuat DAP iaitu Kota Laksamana yang akan diwakili oleh Low Chee Leong.

Namun medan perang utama calon League of Justice ialah di Duyong di mana calon bebas mereka iaitu Jack Wong akan berdepan calon DAP dan MCA.

Duyong dimenangi Leong San yang bertanding atas tiket DAP pada masa itu dengan majoriti 205 undi sahaja.

Dengan pertandingan empat penjuru di Duyong yang turut disertai Pas, kemenangan boleh jadi berpihak kepada calon bebas.

“Selain Duyong, tiga kawasan DUN lain yang ditandingi calon bebas ialah kubu kuat DAP yang dimenangi parti itu dengan lebih 3,800 undi,” demikian lapor Kwong Wah Daily membayangkan Duyong mampu dirampas calon bebas pada 9 Mei.

Tong Him sendiri mengakui kelebihan calon bebas di Duyong dan berpendapat keputusan League of Justice untuk ‘mengorbankan’ Ayer Keroh untuk bertanding di Duyong sebagai berbaloi.

“Berdasarkan keadaan terkini, adalah agak mustahil untuk DAP menang di Duyong,” kata penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka itu. – MalaysiaGazette