gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Para pengguna 20 lebuh raya di negara ini akan menikmati diskaun sempena pilihanraya umum pada Rabu ini.

Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, lapan lebuhraya menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula tengah malam sehingga 11.59 malam pada 9 Mei ini.

Lebuhraya-lebuhraya berkenaan adalah Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), plaza tol Ampangan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (GRAND SEPADU).

Katanya, Lebuhraya SPRINT pula menawarkan diskaun 10 sen kepada semua kelas kenderaan bagi tempoh berkenaan.

Dalam pada itu beberapa lebuhraya menawarkan diskaun 10 peratus pada 9 Mei ini bermula 8 pagi sehingga 5 petang bagi pengguna kelas 1 di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) manakala Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) memberikan diskaun kepada semua pengguna.

Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan Lebuhraya PLUS memberikan rebat 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go yang didaftarkan dengan portal PLUSMiles.

“Kesemua rebat ditawarkan kepada pengguna lebuhraya Kelas 1 yang memandu lebih 100 kilometer di kesemua lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS pada 8 dan 9 Mei manakala tempoh penebusan adalah daripada 15 Jun sehingga 14 September,” katanya.-MalaysiaGazette