“Ada Siapa Boleh Berucap Sejam Macam Saya? – TUN M

Enam hari selepas penamaan calon, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan situasi yang dilaluinya apabila mendakwa tidak boleh berkempen ke mana-mana sahaja seperti dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah beliau menyifatkan situasi di mana poster gambar mukanya diturunkan sebagai bukan perkara biasa yang berlaku semasa tempoh berkempen.