Jualan Perodua pada bulan Disember meningkat 11.5% kepada 22,940 unit daripada 20,299 kenderaan pada November 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perodua Myvi baharu sekali lagi mencatat kejayaan dengan jualan keseluruhan 38,000 unit setakat minggu ketiga April 2018.

“Pencapaian ini amat bermakna bagi kami kerana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa Perodua telah mencapai penguasaan pasaran 41.5 peratus pada bulan Mac
lalu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

Tambah beliau, Myvi telah memperoleh 70,000 tempahan dari 8 November 2017 sehingga 30 April 201.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), bermula Januari sehingga Mac lalu, Perodua menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 unit jumlah keseluruhan industri (TIV), mewakili 41 peratus daripada pasaran untuk suku pertama tahun 2018.

Prestasi ini merupakan peningkatan lebih daripada 10.5 peratus berbanding 50,260 unit yang didaftarkan pada suku pertama tahun 2017, menjadikannya rekod suku pertama bagi Perodua
dari segi jualan.

Jualan 55,560 unit tersebut terdiri daripada 24,473 Myvi, 14,962 Axia, 10,101 Bezza dan 6,032 Alza.

Sebanyak 18 peratus daripada semua kenderaan baharu yang didaftarkan di Malaysia pada suku pertama 2018 adalah model Myvi.

Zahari berkata, Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapan operasinya bagi memastikan penghantaran dapat dibuat dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata. tempoh menunggu semasa untuk varian Myvi 1.5L adalah di bawah tiga bulan.

Walau bagaimanapun bagi varian 1.3L, ianya boleh dihantar dengan segera buat masa ini.

Myvi generasi ketiga adalah model paling canggih dalam sejarah 25 tahun Perodua, yang menampilkan inovasi Malaysia seperti pembaca kad tol bina dalam dan penghawa dingin digital dengan memori.

Model itu juga mempunyai penarafan keselamatan penuh ASEAN NCAP 5 bintang berdasarkan protokol terkini dan merupakan kereta yang paling mampu milik di Malaysia dengan fungsi keselamatan aktif iaitu sistem Advanced Safety Assist (ASA). – MalaysiaGazette