“Tun M Sentiasa Di Puji Nik Aziz” – Nik Omar

Calon PH bagi DUN Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini mendedahkan bahawa Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad ketika beliau memegang jawatan selaku Perdana Menteri.

Hadir buat kali pertama di Putrajaya, Nik Omar berkata ketika ditanya para wartawan, bapanya akan memuji terlebih dahulu jasa-jasa Mahathir dalam membangunkan Malaysia.