Calon Barisan Nasional (BN) N.16 Sungai Tua, Datuk N.Rawisandran (tengah) bersama jentera puteri BN melaungkan
Calon Barisan Nasional (BN) N.16 Sungai Tua, Datuk N.Rawisandran (tengah) bersama jentera puteri BN melaungkan "Hebat Negaraku" pada Majlis Pelancaran Manifesto DUN Sungai Tua sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perkarangan Plaza UMNO Gombak, Batu Caves, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 05 MEI 2018

GOMBAK – Barisan Nasional (BN) mengemukakan 10 tonggak manifesto untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini hari ini.

Calon BN,  Datuk N. Rawisandran berkata, manifesto itu ialah perkara yang akan dilaksanakannya dalam masa enam bulan jika diberi mandat dan prioritinya adalah membaik pulih kira-kira 500 buah rumah penduduk.

“Kira-kira 100 buah rumah penduduk yang miskin akan dibaiki setiap tahun,” katanya ketika majlis pelancaran di Perkarangan Plaza UMNO, Batu Caves sebentar tadi.

Beliau juga akan memberi jaminan untuk mengurangkan bayaran penyelenggaran rumah pangsapuri kos rendah dan sederhana.

Tertera dalam manifesto juga adalah pembinaan mini stadium di kawasan tanah lapang Sekolah Menengah Sri Selayang termasuk menaik taraf bangunan Klinik Kesihatan Selayang.

Memberi bantuan konsisten kepada yang kurang berkemampuan untuk peniaga, Rawisandran juga akan mengadakan pasar tani percuma setiap bulan.

“Selain itu saya mahu menyediakan bas sekolah percuma kepada anak-anak dari keluarga kurang upaya termasuklah menaik taraf Dewan Sri Siantan kepada pusat konvensyen,” ujarnya.

Beliau turut menumpukan aspek pelancongan menerusi jaminan untuk membersihkan dan mengindahkan Sungai Batu Caves selain membaik pulih Bogan Villa di Sungai Kertas.

Selain 10 tonggak tawaran itu, penduduk di Sungai Tua juga  ditawarkan 5,000 rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah selain peluang pekerjaan kepada generasi muda.

“Selain itu saya akan perjuangkan pembinaan pusat latihan kemahiran dan menyediakan latihan kemahiran percuma kepada warga pemuda melalui kerajaan negeri di DUN ini nanti,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast