Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kepada Ani Abdullah (dua kanan) sambil ditemani calon Barisan Nasional P.116 Wangsa Maju, Datuk Seri Yeow Teong Look (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N. Jayaselan (kiri) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni di Sentul, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2018
Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kepada Ani Abdullah (dua kanan) sambil ditemani calon Barisan Nasional P.116 Wangsa Maju, Datuk Seri Yeow Teong Look (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N. Jayaselan (kiri) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni di Sentul, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2018

KUALA LUMPUR – “Jangan kata Barisan Nasional (BN) tidak peduli rakyat, lebih-lebih lagi melibatkan isu perumahan yang menjadi keperluan mendesak rakyat di kawasan bandar.”

Itu kata Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani.

Menurutnya, meskipun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan sebanyak 77 unit rumah di  Program Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni di sini kepada kepada ahli jawatankuasa UMNO di sini satu ketika dahulu namun mereka menolaknya demi kepentingan penduduk Kampung Chubadak.

“KPKT beri mandat ini kepada saya untuk proses rundingan dan perpindahan penduduk Kampung Chubadak melalui UMNO Bahagian Batu dengan memperuntukkan sebanyak 77 unit untuk UMNO Bahagian Batu tapi kita tolak.

“UMNO tidak mahu apa-apa pun. Kita mahu tolong rakyat, kita nak tengok rakyat hidup selesa, hidup dengan harmoni, satu masyarakat baik, satu komuniti yang baik di bawah satu bumbung PPR di Kampug Chubadak.

“Kita beri keutamaan lebih kepada rakyat yang lebih memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran PPR Sentul Murni di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni di Sentul, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2018

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N.Jayaselan; Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah dan calon BN Parlimen Wangsa Maju, Datuk Seri Yew Teong Look.

Pada majlis itu, seramai 340 penduduk setinggan Kampung Chubadak mendapat surat tawaran daripada 500 unit PPR Sentul Murni yang dibina secara sewa beli selama 20 tahun.

Yahya juga berkata, isu pemilikan rumah penduduk generasi pertama yang membuka penempatan Kampung Chubadak sejak 50 tahun lalu boleh dianggap selesai.

“Tapi ada sedikit tentang generasi kedua yang masih belum dapat rumah dan ada pula tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kampug Chubadak.

“Kalau ada tempat-tempat sesuai, masih ada kekosongan, kita akan beri keutamaan kepada penduduk-penduduk generasi kedua Kampung Chubadak,” jelasnya.

Katanya lagi, unit PPR Sentul Murni yang berkeluasan 700 kaki persegi itu berbeza daripada PPR sedia ada dan pelbagai kemudahan disediakan termasuk blok pakir enam tingkat, dewan serbaguna, surau, kelas tadika dan taman permainan kanak-kanak.

“Kalau dibandingkan dengan PPR sedia ada, PPR Batu Muda, PPR Beringin, PPR Intan Baiduridan PPR Wahyu, ianya tidak menyediakan tempat letak kenderaan secara berperingkat, parkir semua di atas jalan.

“PPR Sentul Murni agak berlainan, pemaju membina parkir bertingkat untuk kemudahan penduduk Kg Chubadak, ianya sudah tentu lebih baik, cantik berbanding PPR di lain tempat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast