Mohamad Sabu

ALOR SETAR – Tiada penafian Mohamad Sabu berhubung gambar intimnya dengan seorang wanita muda yang tular di media sosial sebaliknya Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu hanya enggan mengulas mengenainya.

Beliau enggan melayani soalan wartawan berhubung isu tersebut dan memberikan jawapan selamat apabila disoal tentang isu yang hangat diperkatakan tersebut.

“Saya no comment, semuanya tanya kepada peguam. Saya tak mahu komen apa-apa perkara itu,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu semasa ditemui ketika program bertemu orang ramai di kedai makan Pekan Bagan Serai hari ini.

Selain itu, Mat Sabu juga enggan mengulas sama ada gambar tersebut memberi kesan terhadap kempen Pakatan Harapan dalam PRU-14.

Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari ini,  lelaki yang dikatakan bersamanya itu dirakam di dalam kereta dalam keadaan mesra.

Selain gambar, rakaman perbualan seorang lelaki yang dikatakan mirip suaranya berbual mesra dengan seorang wanita juga tersebar di laman sosial Youtube. – MalaysiaGazette 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast