Mohamad Fuzi Harun
Seorang suri rumah berusia 51 tahun ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama. - KPN Tan Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Dua suspek bunuh pensyarah universiti swasta, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh menggunakan pasport palsu Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengesahkan perkara itu berkata, disyaki warga Timur Tengah dan Eropah dan dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran Thailand selepas menembak Fadi yang juga merupakan seorang imam warga Palestin pada 2 April lalu.

“Saya sahkan kedua-dua suspek telah menggunakan passport palsu dari Serbia untuk memasuki negara ini semasa kejadian,” katanya di Bukit Aman pagi ini.

Semalam Mohamad Fuzi mengesahkan pasukan Bukit Aman telah bertemu dengan polis Thailand untuk mengesan dan menangkap suspek selain menagih kerjasama Indonesia dan Singapura dalam kes tersebut.

Agensi berita Bernama menerusi sumbernya melaporkan pegawai kanan polis yang berada di Thailand ialah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Risikan/Operasi, Datuk Huzir Mohamed, yang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand semalam.

Huzir turut memberi taklimat perkembangan kes pembunuhan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast