Ibu kepada penyanyi Akim,, Aminah Bahari telah meninggal dunia semalam. Foto Instagram Akim.
Ibu kepada penyanyi Akim,, Aminah Bahari telah meninggal dunia semalam. Foto Instagram Akim.

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad memaklumkan ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia semalam.

Perkongsian berita sedih itu dibuat di laman sosial Instagram miliknya yang mendapat simpati daripada pengikutnya termasuk selebriti tanah air.

Sebelum ini, suami kepada penyanyi Stacy Anam itu juga ada meminta pengikutnya mendoakan kesihatan ibunya.

Difahamkan ibu Akim yang jaga ibu mertua penyanyi Stacy meninggal dunia pada usia 54 tahun dan punca kematian belum diketahui.

Berikut adalah luahan hati Akim:

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum. 
Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. 
Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. 
Amin yarabbal alamin. 
Ibu tenang ye kat sana, inshaAllah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye…– MalaysiaGazette