Masalah Penduduk Ampang Selesai Jika BN Menang

Tiga masalah utama yang menjadi kebuntuan penduduk Ampang akan selesai sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir kawasan tersebut selepas PRU-14.

Calon BN Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Leong Kim Soon berkata, ketiga-tiga masalah itu ialah kekurangan rumah murah mampu milik, masalah kesesakan jalan raya dan rungutan peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Ampang.