Calon Barisan Nasional (BN) P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman ketika hadir pada Program Santai Petang Bersama Pemimpin sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Dewan UMNO Taman Makmur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2018.

KUALA LUMPUR  – Calon Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak Adnan Seman berjanji akan sentiasa berjumpa dengan pengundi di kawasan Parlimen itu sepanjang lima tahun akan datang. 

Beliau berkata, perjumpaan dengan masyarakat bukan sahaja pada wakti berkempen tetapi mahu ia berterusan dalam satu tempoh yang panjang.

“Barangkali kalau saya diberi kepercayaan menang pada 9 Mei nanti saya ada lima tahun berjumpa dengan para pengundi saya,” katanya pada Program Santai bersama Pemimpin Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini petang tadi.

Mengakui cabaran menjadi wakil rakyat tidak mudah namun Adnan komited untuk menggalas tanggungjawab jika diberi peluang pada PRU-14 menggantikan ahli Parlimen dari PKR yang sebelum ini gagal menjalankan tanggungjawab.

“Bukan senang hendak jadi wakil rakyat di Bandar Tun Razak kerana masalah di sini cukup banyak tapi itulah usaha kita kalau niat kita baik mudah-mudahan kita diberi kekuatan.

“Dua penggal dah kita beri kepada PKR dan dua penggal kita tak rasa PKR ada di Bandar Tun Razak tidak ada yang selesaikan masalah,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette