Tun Daim Zainuddin (kanan) dan Tan Sri Rafidah Aziz ketika hadir bagi memberi sokongan pada Malam Semarak Tsunami Rakyat di Taman Keramat, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MEI 2018
Tun Daim Zainuddin (kanan) dan Tan Sri Rafidah Aziz ketika hadir bagi memberi sokongan pada Malam Semarak Tsunami Rakyat di Taman Keramat, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menjelaskan beliau sudah lama keluar daripada parti tersebut.

Beliau berkata, tindakannya itu pernah diumumkan di laman Facebook miliknya sebelum ini.

Justeru tegasnya, UMNO tidak perlu pun mengumumkan pemecatannya semalam.

“Saya bukan dipecat tetapi sudah lama keluar, lama pun. Cuma tidak hebah.

“Mesti tidak baca Facebook saya dan tidak periksa dulu sebelum buat keputusan.

“Tapi bila umum pecat semalam, bolehlah jadi tumpuan,” katanya senyum sinis.

Beliau berkata demikian pada Malam Semarak Tsunami Rakyat anjuran Pakatan Harapan (PH) di Keramat di sini malam tadi.

Kelmarin, UMNO mengambil tindakan tegas memecat keahlian Rafidah dan seorang lagi veteran parti itu yang juga bekas menteri kanan iaitu Tun Daim Zainuddin kerana melanggar etika dan di­siplin parti manakala Tan Sri Dr. Rais Yatim masih disiasat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian kedua-dua veteran UMNO itu ditandatangani oleh beliau. – MalaysiaGazette