KASHMIR – Seorang pelancong India telah meninggal dunia selepas terkena batu yang dilemparkan oleh penunjuk perasaan di Kashmir.

Lelaki yang berasal dari bandar selatan Chennai (dahulu Madras), telah pergi ke Gulmarg, sebuah destinasi ski popular di rantau ini dan kenderaannya terperangkap dalam tunjuk perasaan.

Seorang remaja tempatan juga cedera.

Polis sedang menyiasat insiden itu, tetapi tiada penangkapan telah dibuat.

Walaupun pertempuran dengan pasukan keselamatan sering berlaku di rantau ini, para penunjuk perasaan di Kashmir selalunya tidak menganggu pelancong.

Sejak tahun 1989, negara majoriti Muslim telah menyaksikan pemberontakan bersenjata menentang pemerintahan India. – MalaysiaGazette