Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Perlantikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 11 MEI 2018.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Perlantikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 11 MEI 2018.

KLANG – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Sultan Alam Shah, kira-kira jam 3.50 petang di sini hari ini.

Pelantikan Mohamed Azmin itu sebagai menteri besar bagi penggal kedua itu selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dan mandat daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi majoriti besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lalu.

Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai Menteri Besar Selangor selepas mendapat persetujuan daripada PH yang terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Mohamed Azmin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dengan memperolehi 30,892 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pas, PRM dan Bebas.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjunjung kasih pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 11 MEI 2018.

Azmin memperoleh majoriti besar sebanyak 25,512 undi menumbangkan calon BN, Salwa Yunus yang mendapat 5,380 undi; Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Pas) 2,311 undi, Ahmad Kamarudin (PRM) 116 undi dan Azwan Ali (Bebas) 90 undi.

PH juga berjaya membentuk Kerajaan Negeri Selangor selepas memperoleh majoriti besar sebanyak 51 Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding BN (4) dan Pas (1).

PH juga berjaya mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 dan kali ini merupakan penggal ketiga mereka memerintah negeri itu.

Pembentukan Kerajaan PH Selangor kali ini menyaksikan Pas tidak lagi bersama mereka selepas parti itu memutuskan untuk bersendirian pada PRU14 dan membentuk Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette