Video – Azmin Ali Angkat Sumpah MB Selangor

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Sultan Alam Shah, kira-kira jam 3.50 petang.

Pelantikan Mohamed Azmin itu sebagai menteri besar bagi penggal kedua itu selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dan mandat daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi majoriti besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lalu.

Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai Menteri Besar Selangor selepas mendapat persetujuan daripada PH yang terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Mohamed Azmin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dengan memperolehi 30,892 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pas, PRM dan Bebas.