SPAD telah menyebabkan kedaulatan negara dicemari oleh syarikat-syarikat aplikasi kereta sapu.
PERS1M mendakwa SPAD telah menyebabkan kedaulatan negara dicemari oleh syarikat-syarikat aplikasi kereta sapu.

KUALA LUMPUR – Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERS1M) meminta kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Timbalan Pengerusi PERS1M, Kamarudin Hussain berkata, segala urusan perlesenan dan penguatkuasaan SPAD perlu diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau kepada Kementerian Pengangkutan.

Dakwa beliau, SPAD telah terbukti gagal membawa sebarang pembaharuan kepada industri pengangkutan awam darat apabila tiada satu pun program yang dilakukan oleh suruhanjaya itu yang memberi faedah kepada pemandu, penumpang dan negara.

“SPAD telah menyebabkan kedaulatan negara dicemari oleh syarikat-syarikat aplikasi kereta sapu dan SPAD juga bertanggungjawap di atas kewujudan suasana tidak harmoni di antara pemandu teksi dan pemandu aplikasi kereta sapu.

“Pemandu teksi tidak pernah menolak kemajuan teknologi, atau pun persaingan namun haruslah kedua-dua aspek berkenaan dilakukan dengan betul dan adil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, PERS1M dan seluruh warga teksi berharap satu pembaharuan akan dilakukan oleh Kerajaan demi menaik taraf mutu perkhimatan teksi negara serta memartabatkan semula kebajikan warga teksi. – MalaysiaGazette