Mantan Pengarah Risikan Buat Laporan Desak Tindakan Kepada Najib

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, mendesak tindakan segera dikenakan ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris, berkata laporan dibuat berkaitan rakan sejenayah dan bersubahat berhubung sekatan dan halangan siasatan berkaitan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Abdul Razak berkata, laporan hari ini dibuat mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.