Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar bercakap kepada media selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018
Gambar Arkib: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – “Anda tidak tahu betapa gembiranya kami kali ini. Sudah terlepas banyak Ramadan dan ini adalah Ramadan termanis.

“Kami boleh duduk sekali sekeluarga” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang tidak sabar menanti pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Katanya, dia tidak sabar untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama bapanya.

“Tentulah keluarga terbesar saya iaitu rakyat di Permatang Pauh, saya ucapkan penghargaan.

“Tentulah saya boleh buka puasa di sana juga,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa hendak meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras petang tadi.

Katanya, selepas ayahnya kembali ke rumah semua cucunya akan berkumpul dan bersahur bersama.

“Saya tidak dapat bercakap sebab terlalu teruja menantikan bapa

“Bersyukur sangat kita nantikan kemunculan Anwar,”ujarnya. – MalaysiaGazette