BERN – Pendakwa Raya Switzerland mahu memulakan perbincangan dengan para penyiasat di Asia Tenggara dalam menyelaraskan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pejabat Peguam Negara Switzerland “sangat berminat untuk memperbaharui dialog dengan pihak berkuasa yang berwibawa di Malaysia” dan “mahu pertukaran maklumat antara pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya melalui emel.

Switzerland dan Singapura antara sekurang-kurangnya 10 negara yang menyiasat kehilangan berbilion ringgit yang didakwa dipindahkan daripada 1MDB.

Peguam Negara Swiss, Michael Lauber, telah mengkritik secara terbuka kerana Kerajaan Malaysia sebelum ini tidak memberi kerjasama kepada pasukannya.

Bagaimanapun, Singapura telah melaksanakan hukuman undang-undang ke atas bank-bank dan pegawai bank yang terlibat dalam melakukan kesalahan berkaitan dengan 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast