Video – Detik-detik Pembebasan Anwar Ibrahim Dari Hospital

Setelah menjalani hukuman penjara hampir tiga tahun atas tuduhan liwat, akhirnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan sepenuhnya oleh kerajaan selepas mendapat perkenan pengampunan DiRaja hari ini.

Beliau yang dibebaskan sekitar jam 11.27 pagi tadi kelihatan ceria dan sihat ketika berjalan keluar menuju ke perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya dijadualkan beliau akan mengadakan sidang media namun keadaan ‘huru hara’ berikutan terlalu ramai kehadiran penyokong dan ratusan media, beliau bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah hanya sekadar melambai dan tersenyum riang sebelum menaiki kenderaan menuju ke istana negara selepas di perkenankan pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong jam 12.30 tengahari ini.