Calon Barisan Nasional P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan melambai semasa menghantar borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.075 Bagan Datuk, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Rakaman audio yang tular kononnya Pemuda UMNO dimarahi dengan kritikan keras dinafikan Pemangku Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam komen di akaun Twitter menafikan rakaman tersebut datang daripada beliau dan menyifatkan ia satu tindakan untuk memecahbelahkan UMNO yang sedang berdepan ujian.

“Saya ingin menafikan rakaman suara yg bermain di media sosial bahawa saya memarahi Pemuda UMNO Msia (Malaysia), itu bukan saya.

“Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. InshaAllah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan & kekuatan perjuangan kita. #UMNO72,” kata beliau dalam akaun Twitternya.

Terdahulu, beberapa Ketua Pemuda UMNO mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana Barisan Nasional kalah buat kali pertama dalam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Susulan gesaan tersebut, Najib mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan kepada Ahmad Zahid sebagai pemangku sehingga pemilihan parti diadakan kemudiaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. memang cantik perancangan najib . kalau dia letak jawatan dari awal lagi mungkin umno tidak kalah teruk begini. dia buat bermacam2 masaalah untok rakyat tolak umno supaya RAHMAN terlaksana. terima kasih najib.

Comments are closed.