Home Seni Hidup Penyanyi terkenal ditahan polis

Penyanyi terkenal ditahan polis

Pemuzik, Rapper T.I.

GEORGIA – Rapper T.I. ditahan pada awal Rabu di Henry County, Georgia, Atlanta.

Penyanyi yang nama sebenarnya, Clifford Harris Jr dipercayai ditahan di luar kediamannya.

Pejabat Sheriff Daerah Henry berkata, penyanyi itu dituduh berkelakuan tidak senonoh dalam insiden pukul 4 pagi di Stockbridge, selatan Atlanta.

Menurut The Atlanta Journal, T.I. mendakwa tidak mempunyai kunci dan bertengkar dengan pengawal yang enggan membenarkan dia masuk ke kawasan perumahannya.

Dalam satu kenyataan kepada CNN, peguam Steve Sadow berkata, T.I. ‘ditahan secara tidak sengaja awal pagi ini apabila dia cuba masuk ke dalam komuniti berpagar di mana isterinya Tiny dan keluarganya tinggal’.

“Pengawal itu tidur nyenyak ketika T.I tiba di rumah pengawal.

“Beliau mengambil masa untuk mengejutkan pengawal itu” kata Shadow.

Sadow berkata, T.I memperkenalkan dirinya namun ditolak dan kemudian memanggil isterinya, penyanyi Tameka ‘Tiny’ Harris.

“Pengawal terus enggan membenarkannya masuk tanpa alasan,” kata kenyataan peguam tersebut.

“Kemudian seorang penyelia menelefon polis. Apabila polis tiba, mereka tidak berminat untuk mendengar cerita beliau dan memilih untuk mengakhiri keadaan dengan menangkapnya,” katanya. – MalaysiaGazette