Toyota

KUALA LUMPUR – Berikutan perubahan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada kosong peratus, UMW Holdings Bhd. akan mengumumkan harga baharu bagi kesemua kenderaan Toyota dan Lexus berkuatkuasa 1 Jun ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Ravindran K berkata, sebarang manfaat dan pengurangan daripada struktur cukai baharu itu akan diberikan kepada pengguna.

“Sebarang perubahan harga akan memberi kepentingan kepada pelanggan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada perbandingan harga kenderaan Toyota dan Lexus diberikan pada masa ini.

Kerajaan mengumumkan kadar GST ditetapkan pada kadar kosong peratus berbanding enam peratus sebelum ini berkuatkuasa 1 Jun nanti.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. gst cukai Najib . ratusan beg cukai dia simpan kat rumah dia . mungkin kalau kaki dedak datang rumah dia bagi lah seketul dua .

Comments are closed.