Senarai harga model Volkswagen

KUALA LUMPUR – Volkswagen hari ini mengumumkan harga baru bagi semua model-model berkuatkuasa 1 Jun ini.

Harga baru akan berkuatkuasa sementara menunggu pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan.

Jadual harga baru itu menyenaraikan harga runcit disyorkan semasa (RRP) model Volkswagen (dengan 6% GST) dan RRP baru (dengan 0% GST) sah dari 1 Jun 2018.

Dengan stok terhad, pelanggan perlu mengambil kesempatan ini untuk menempah tempahan mereka pada1 Jun untuk menikmati harga tanpa GST serta promosi sempena Hari Raya.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada keadaan semasa sebelum pelaksanaan SST.

VPCM sedang menjalankan promosi ‘Fuel Up Your Style’, yang mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah rendah sebanyak 0.88% setahun dan rebat tunai sehingga RM15,000 pada model Volkswagen terpilih.

Selain itu, mereka yang membeli Volkswagen (sehingga 30 Jun 2018) juga akan menerima kad petrol bernilai RM1,188.

Setiap model Volkswagen baru dilengkapi dengan jaminan pengilang 5 tahun, bantuan kecemasan 5 Tahun dan 3 tahun perkhidmatan servis percuma. – MalaysiaGazette