“Saya Akan Melepaskan Jawatan Menteri Besar Selangor” – Azmin Ali

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membuat pengumuman rasmi mengenai kedudukannya sebagai menteri besar selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lama lagi.

Ini kerana beliau telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Hari ini beliau telah pun diberi taklimat oleh Perdana Menteri berhubung peranannnya di peringkat persekutuan dan diminta untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi mengukuhkan ekonomi negara selain merangka dasar bagi Kementerian Ekonomi, sebuah kementerian yang baharu diwujudkan di Malaysia.

Jelas Mohamed Azmin, beliau sangat terperanjat dengan pelantikannya walaupun perdana menteri sebelum ini telah beberapa kali memberi bayangan perkhidmatannya diperlukan di peringkat persekutuan.