Sebuah kenderaan dipercayai membawa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar dari kediamannya untuk menghadiri perasmiaan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini keĀ  Pekan bagi merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu.

Najib meninggalkan kediamannya di Taman Duta pada pukul 9.20 pagi dengan diiring itiga buah kereta dan dua buah motosikal polis pengiring.

Dipercayai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada di dalam kereta Toyota Vellfire putih bernombor plat QMN11.

Najib turun ke Pekan untuk menghadiri beberapa program di kawasan itu termasuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.

Mengikut jadual, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan di Pekan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Najib kemudian dijadual meninjau Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) dan ibu tunggal daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan pada pukul 4.30 petang.

Beliau juga dijadualkan merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan pada jam 5 petang ini.

Najib juga dijadual hadir pada majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat tarawih di di Seri Kenangan. -MalaysiaGazette