Video – TERKINI : “Ya, Sebab Saya Baik Sangat”- Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, malangnya, apa yang dilaksanakan dan kebaikan yang dibuat tidak diberikan penghargaan.

“Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi, menabur fitnah dan kebencian serta janji-janji manis yang sebahagian besarnya tidak akan dapat dilaksanakan, malangnya menyebabkan kekalahan kepada UMNO dan BN.

“Pada saya, menang kalah itu adat pertandingan. Saya tidak ralat kalau kalah kerana pihak satu lagi ada agenda lebih baik daripada kita.

Tetapi terasa dalam hati saya bukan soal agenda, dasar yang diadili tetapi kempen memburukkan pemimpin dan janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan”.

Beliau merasmikan mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, Pahang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.