Sebuah kren tumbang di Masjidil Haram kerana dipercayau terlebih muatan.
Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada 15 Septmber 2015.

MEKAH – Sebuah kren tumbang di kawasan pembinaan di Masjid Haram di Mekah mengakibatkan pengendalinya mengalami kecederaaan.

Kren tersebut tumbang di kawasan terpencil berhampiran pintu 160 di kawasan pembesaran masjid pada kejadian lewat petang semalam, kata pentadbir awam untuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di madinah.

Tiada jemaah yang menunaikan solat di kawasan terbabit ketika kejadian.

Kren tersebut tumbang kerana telebih muatan, katanya dalam satu kenyataan yang dipetik the Saudi Press Agency (SPA).

Pada September 2015, kira-kira 400 jemaah terbunuh apabila sebuah kren tumbang di Masjidil Haram. – Agensi