Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull hari ini melapor diri di pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM di sini sebagai Ketu Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Beliau dilantik ke jawatan itu selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatan tersebut, Selasa lalu.

Beliau tiba pada pukul 10.25 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; pegawai kanan dan kakitangan SPRM lain.

Ketika ditemui pemberita, Mohd. Shukri berkata, satu taklimat khas akan diadakan kepada media esok.

“Esok akan ada taklimat untuk media, saya akan berkongsi cerita-cerita menarik untuk dikongsi dengan media mengenai pengalaman saya,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menamakan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu menggantikan Dzulkifli.

Mohd. Shukri telah menerima perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi satu surat yang diserah kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa pagi ini. – MalaysiaGazette