Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini, petang semalam.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini ditahan polis di bawah Akta Senjata Api hari ini.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Mazlan Mansor berkata, beliau ditahan sekitar jam 1.15 petang tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang.

“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12/05/18 yang lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Mazlan, suspek masih ditahan di hospital berkenaan kerana sedang menjalani rawatan.

“Terdapat beberapa lagi kes berkaitan saspek sedang di siasat polis. Disamping dua waran tangkap akan disempurnakan setelah saspek selesai menjalani rawatan,” katanya secara ringkas tanpa mengulas lebih lanjut mengenainya.

Sementara Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad pula mengesahkan Jamal ditahan berdasarkan laporan polis yang diterima bahawa suspek dengan sengaja mempamerkan senjata apinya dalam sekeping gambar yang viral dalam media sosial.- MalaysiaGazette