Peguambela kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal (tengah) berjalan keluar dari kediaman mantan perdana menteri berikutan rumahnya digeledah oleh sepasukan polis berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Harpal Singh Grewal  telah menarik diri dari menjadi peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dan seorang lagi peguam, M. Athimulan mengambil keputusan tersebut selepas Najib bertindak menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.

“Kami tidak dipecat, tapi kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dipetik dari sebuah portal.

Sementara itu, difahamkan, Najib terpaksa membatalkan programnya dengan UMNO Pahang di ibu kota malam tadi kerana menumpukan perhatian bagi pembelaan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast