Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull mengesahkan pihaknya tidak akan menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ujar beliau, Najib hanya dipanggil untuk memberiketerangan berhubung SRC International dan kemasukan wang ke dalam akuan peribadi beliau.

“Beliau tidak ditahan, cuma akan ambil keterangan kerana kami ada maklumat tambahan.

“Jadi beliau dipanggil untuk beri keterangan dan bukan untuk tahan. Ini adalah sebahagian daripada siasatan lanjut mengenai Najib dalam SRC International,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.

Najib hadir memberi keterangan jam 9.40 pagi di ibu pejabat SPRM.

Katanya, SPRM hanya akan menyiasat mengenai SRC International kerana tugas menyiasat 1MDB telah diberikan kepada Pasukan Khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Untuk RM2.6 bilion, itu adalah tugas yang diberikan kepada Pasukan Khas 1MDB.

Shukri berkata, hanya Najib yang akan dipanggil setakat ini untuk memberi keterangan. -MalaysiaGazette