Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Shaari bercakap selepas pada Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di perkarangan Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Bersih 2.0 menggesa kerajaan tidak hanya menumpukan isu isu 1Malaysia Development Behad (1MDB) sahaja. 

Sebaliknya, kerajaan juga perlu membersihkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi reformasi sistem badan itu dalam masa 100 hari seperti manifesto parti itu yang lain.

“Dengan fokus dan gerak kerja kebanyakan telah mula ditumpukan isu 1MDB, Bersih 2.0 mahu kerajaan memastikan pilihan raya yang bersih, bebas dan ad selaras dengan visi Malaysia baru,” kata Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Shaari kepada pemberita di Menara Ilham. 

Beliau terdahulu hadir untuk menyerahkan Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada Jawatankuasa Reformasi Institusi yang diletakkan di bawah Majlis Penasihat Kerajaan.

Dokumen pelan itu diberikan kepada Saketeriat,  Zawiyah Mohd Yusuf.

Dokumen itu meminta SPR disiasat supaya menilai sama ada pengendali pilihan raya itu adil, telus atau sebaliknya.

Beliau juga mahu kedudukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, dan timbalannya Tan Sri Othman Mahmood digantung sementara siasatan dijalankan.

“Langkah ini diperlukan segera bagi memastikan kebebasan, intergriti SPR dibina semula serta pesuruhjaya-pesuruhjaya yang berkenaan dipertanggungjawab atas kegagalan mereka mengangkat ketelusan pilihan raya?,” kata beliau.

Beliau turut mendesak penubuhan satu tribunal untuk menyingkirkan ketujuh-tukuh pesuruhjaya SPR untuk digantikan dengan yang lebih layak. -MalaysiaGazette