TERKINI : Rutin Harian Pengamal Media Tunggu Rumah Najib di Potretkan

Selepas tujuh hari petugas media ‘berkampung’ di luar kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini tiba giliran pelukis jalanan pula memotret suasana semasa di Jalan Langgak Duta sebagai tanda solidariti kepada kesusahan dan kepayahan pemberita membuat liputan siang atau malam di sini.