aja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ketika hadir di kawasan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2018.
Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Selepas ‘menghilangkan diri’ sebagai calon bebas Parlimen Bagan Datuk pada PRU-14 kini Raja Bomoh menampilkan dirinya semula.

Penampilan Ibrahim Mat Zain itu dibuat di kawasan berhampiran kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi.

Menaiki kereta bertulis ‘Raja Bomoh VVIP’ dan berhenti di persimpangan masuk Jalan Langgak Duta di sini kehadirannya menarik perhatian wakil-wakil media.

Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ketika hadir di kawasan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2018.

“Datang nak menziarah sahaja, tak masuklah. Kita nak tengok, jasa bekas PM (Najib) pun baik. Jasa dia pun bagus, alhamdulilah,” ujarnya ringkas.

Kehadiran Ibrahim selepas tidak berapa lama selepas Najib dan rombongan sampai selepas disoal siasat selama tujuh jam di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.- MalaysiaGazette