Azlan Man

ALOR SETAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau tidak menerima apa-apa surat pemecatan daripada UMNO mahupun Barisan Nasional walaupun Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan perkara itu semalam.

Beliau berkata, soal pemecatan sepatutnya tidak timbul memandangkan perkara itu tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja.

“Tak ada surat…siapa yang pecat? Tak ada pemecatan..bukan (pemecatan) boleh dilakukan oleh individu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini selepas menghantar Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berlepas ke ibu negara.

Semalam, Azlan, 60, yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai menteri besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN menang pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 di negeri itu, 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cadangan memecat Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast